Perancangan

Wednesday, March 06, 2013

Assalamualaikum...

Tergerak hati untuk menulis. Berbicara tentang perancangan manusia. Tak dinafikan perancangan dalam sesuatu perkara sangatlah penting. Kita merancang untuk dapat yg terbaik dalam hidup kita.

Kadang kadang kita amik masa yg lama untuk merancang, tapi akhirnya perancangan kita tu gagal dalam sekelip mata. Kita rasa perancangan kita dah cukup hebat, tanpa kita sedar Allah juga ada perancangan yg lebih hebat dari kita. 


Bezanya perancangan kita dan perancangan Allah, perancangan Allah takkan pernah gagal dan perancangan Allah adalah yg terbaik.

Mengharap

Oleh yg demikian, setiap kali kita merancang jgan lupa untuk letakkan pengharapan pada Allah, sebb Dia yg menentukan samaada perancangan tu akan berjaya atau tak. Sebagai seorang hamba, pasrah pada ketentuan adalah jalan terbaik selepas kita merancang.

Doa dan istikharah juga sangat penting. 


Salah tafsiran

"Buat ape nk ade perancangan ni semua, semuanya dah ditentukan sejak azali lagi". 

Ideologi macam kat atas ni tak berapa betul, sebb Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum kalau mereka tak ubahnya sendiri. Jadi bila bercakap soal kehidupan, perancangan itu mesti ada dan sebaiknya letak tawakal selepas merancang.


Kesimpulan

Yang aku nk sampaikan kat sini adalah, bila merancang, jangan rasa diri hebat sangat sebb perancangan kita mungkin jadi dan mungkin tak jadi. Pengharapan tu pulak sangat penting sebagai seorang hamba. Letakkan sepenuh harapan tanda kita rendah diri sebagai seorang hamba pada yg maha esa.

Sekian



"Ya Allah, Damaikanlah hatiku dengan ketentuanmu"



You Might Also Like

4 comments

  1. Osem kott. ;) post banyak2 lagi entry mcm ni. Dptla kongsi ilmu bersama. Lutfi boleh. -Ara

    ReplyDelete
  2. erm,manusia perlu merancang.then usahakan apa yg dirancang. pastu serahkan pada Pencipta..:)

    ReplyDelete
  3. dan dalam setiap perancangan perlulah disertakan dengan keihklasan. wallahualam

    ReplyDelete